Saturday, October 11, 2014

Relek brader... Brader relek.. ;-)

BY Unknown No comments

Post kali ini lebih bersifat santai.. Lebih mudah berinteraksi sekiranya bukan dalam situasi yang formal saya rasa. ;-) Sebenarnya post kali ini adalah membicarakan tentang tempat-tempat yang menarik di Kampar.., area2 dekat Khazanah Hijau Homestay nih la ye. Tentu bosan klau tajuk nya.. 'Tempat-Tempat Menarik di Kampar'.. Begitu hambar seolah-olah dipaksa untuk menulis.. Hakhakhakkkk...

1) Tasik Bandar Baru (Westlake)

Terletak di Bandar Baru Kampar. Merupakan kawasan riadah yang
 mempunyai taman ditepi tasik ini. Ia bersebelahan dengan Universiti Tunku Abdul Rahman(UNITAR).Tempat ini dibina untuk masyarakat setempat bagi melakukan aktiviti riadah, bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu Pemandangan di tasik ini amat menenangkan dan terhindar dari bunyi bising kenderaan. Tambah menarik dengan kelihatan bukit bukau yang kehijauan selain itu air tasik yang tenang dapat menenangkan lagi fikiran. 

2) Air Terjun Batu Berangkai


Dari jalan tepi Masjid Al Nur Kampar, anda akan melalui sekim Perumahan Taman Ros dan menikmati suasana perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi ini. Pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi disamping bermandi-manda, berkelah dan berkhemah sekeluarga di situ. Waktu senja adalah masa yang cantik sekali semasa sang suria mengundur diri. Bagi pengunjung yang "adventure", anda boleh mendaki Gunung Relau dari Air Terjun ini melalui trek tanah yang bersih. Anda akan sampai ke kemuncaknya setinggi 4075 kaki disamping menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam.

3) Air Terjun Sungai Salu


Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang. Ianya sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Ianya berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyalin pakaian, tandas, pondok rehat dan gerai makan. Jarak untuk sampai ke Air Terjun Sungai Salu dari jalan utama Kampar – Ipoh ialah 4 km. Pengunjung boleh menaiki bas Sahom, kereta dan motor untuk pergi ke sana.


4) Air Terjun Seri Kampar


Air Terjun Sri Kampar terletak di Kampar. Ianya sesuai untuk aktiviti lasak seperti ‘jungle tracking’ dan perkhemahan. Ini kerana untuk sampai ke sana pengunjung mesti berjalan kaki merentasi denai lebih kurang 50m daripada Taman Kampar Jaya. Ianya mempunyai kawasan lapang sesuai untuk mendirikan khemah.

5) Taman Muhibbah



Pembangunan awal pada tahun dan berkonsepkan Taman Jepun. Pengubahsuaian konsep telah dibuat pada penghujung tahun 80an dan di awal tahun 90an dan seterusnya perubahan dibuat dari semasa ke semasa. Taman berkonsepkan taman terbuka. Pengunjung dapat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang ditanam. Selain itu dapat melihat binatang-binatang kecil dan ikan hiasan yang ditempatkan dalam kurungan dan kolam yang disediakan.Taman dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Lokasi taman berhadapan Balai Polis Kampar.

6) Lata Kinjang


Lata KinjangLata Kinjang

Lata Kinjang terletak kira-kira 24 km dari KhazanahHijau Homestay. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.

Ok.. Ok.. Banyak lagi tempat menarik kat sini cuma jarak nya jauh sikit melebihi 30km.. seperti Gua Tempurung, Muzium Gopeng, Hutan Rekreasi Kuala Woh, Lata Iskandar dan sebagainya.. Post selepas ini saya akan share berkenaan tempat makanan yang best pulak berhampiran KhazanahHijau Homestay nih. 

Diharapkan post ini dapat membantu anda merancang perjalanan percutian anda. ~Keselesaan Milik Anda~

Spesel Thanks to: MD Kampar & MD Tapah.