Saturday, October 11, 2014

Relek brader... Brader relek.. ;-)

BY Unknown No comments

Post kali ini lebih bersifat santai.. Lebih mudah berinteraksi sekiranya bukan dalam situasi yang formal saya rasa. ;-) Sebenarnya post kali ini adalah membicarakan tentang tempat-tempat yang menarik di Kampar.., area2 dekat Khazanah Hijau Homestay nih la ye. Tentu bosan klau tajuk nya.. 'Tempat-Tempat Menarik di Kampar'.. Begitu hambar seolah-olah dipaksa untuk menulis.. Hakhakhakkkk...

1) Tasik Bandar Baru (Westlake)

Terletak di Bandar Baru Kampar. Merupakan kawasan riadah yang
 mempunyai taman ditepi tasik ini. Ia bersebelahan dengan Universiti Tunku Abdul Rahman(UNITAR).Tempat ini dibina untuk masyarakat setempat bagi melakukan aktiviti riadah, bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu Pemandangan di tasik ini amat menenangkan dan terhindar dari bunyi bising kenderaan. Tambah menarik dengan kelihatan bukit bukau yang kehijauan selain itu air tasik yang tenang dapat menenangkan lagi fikiran. 

2) Air Terjun Batu Berangkai


Dari jalan tepi Masjid Al Nur Kampar, anda akan melalui sekim Perumahan Taman Ros dan menikmati suasana perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi ini. Pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi disamping bermandi-manda, berkelah dan berkhemah sekeluarga di situ. Waktu senja adalah masa yang cantik sekali semasa sang suria mengundur diri. Bagi pengunjung yang "adventure", anda boleh mendaki Gunung Relau dari Air Terjun ini melalui trek tanah yang bersih. Anda akan sampai ke kemuncaknya setinggi 4075 kaki disamping menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam.

3) Air Terjun Sungai Salu


Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang. Ianya sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Ianya berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyalin pakaian, tandas, pondok rehat dan gerai makan. Jarak untuk sampai ke Air Terjun Sungai Salu dari jalan utama Kampar – Ipoh ialah 4 km. Pengunjung boleh menaiki bas Sahom, kereta dan motor untuk pergi ke sana.


4) Air Terjun Seri Kampar


Air Terjun Sri Kampar terletak di Kampar. Ianya sesuai untuk aktiviti lasak seperti ‘jungle tracking’ dan perkhemahan. Ini kerana untuk sampai ke sana pengunjung mesti berjalan kaki merentasi denai lebih kurang 50m daripada Taman Kampar Jaya. Ianya mempunyai kawasan lapang sesuai untuk mendirikan khemah.

5) Taman Muhibbah



Pembangunan awal pada tahun dan berkonsepkan Taman Jepun. Pengubahsuaian konsep telah dibuat pada penghujung tahun 80an dan di awal tahun 90an dan seterusnya perubahan dibuat dari semasa ke semasa. Taman berkonsepkan taman terbuka. Pengunjung dapat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang ditanam. Selain itu dapat melihat binatang-binatang kecil dan ikan hiasan yang ditempatkan dalam kurungan dan kolam yang disediakan.Taman dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Lokasi taman berhadapan Balai Polis Kampar.

6) Lata Kinjang


Lata KinjangLata Kinjang

Lata Kinjang terletak kira-kira 24 km dari KhazanahHijau Homestay. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.

Ok.. Ok.. Banyak lagi tempat menarik kat sini cuma jarak nya jauh sikit melebihi 30km.. seperti Gua Tempurung, Muzium Gopeng, Hutan Rekreasi Kuala Woh, Lata Iskandar dan sebagainya.. Post selepas ini saya akan share berkenaan tempat makanan yang best pulak berhampiran KhazanahHijau Homestay nih. 

Diharapkan post ini dapat membantu anda merancang perjalanan percutian anda. ~Keselesaan Milik Anda~

Spesel Thanks to: MD Kampar & MD Tapah. 

Friday, August 8, 2014

RM99 SEMALAM

BY Unknown No comments

RM99 SEMALAM sempena Cuti-Cuti Merdeka. Tertakhluk kepada syarat-syarat berikut:
- ahad sehingga khamis (kecuali jumaat dan sabtu)
- dalam bulan Ogos sahaja.
Keselesaan Milik Anda ;-D
'Malaysia, Di Sini Lahirnya sebuah Cinta'

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan & Syawal 1435H

BY Unknown No comments

Ramadhan telah tiba, Syawal pasti menjelma. 
Sudah membuat perancangan untuk melawat kenalan anda? perlukan homestay untuk bermalam?

Khazanah Hijau Homestay... (Homestay Kampar)
Kami memberi promosi sempena Ramadhan & Syawal ini. Menawarkan RM350 untuk 2 malam (Kadar biasa RM200/malam)
~keselesaan milik anda~

Monday, June 16, 2014

PROmosi berlangsung

BY Unknown 1 comment

Promosi cuti sek masih berlgsg. Rm180 semalam. 2 mlm rm350. Masih ada kekosongan. 
~kselesaan milik anda~

Monday, May 5, 2014

pelan lokasi

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , No comments

salam..
bagi memudahkan pengguna yang mahu ke khazanah hijau homestay, disertakan peta dan kordinat GPS. kordinat: 4.28471851,101.14308929 khazanah hijau Homestay juga boleh dicari di maps google.telahpun ditandakan khazanah hijau Homestay di map agar memudahkan pengguna.


Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila hubungi:

En.shah ;
019-5443331
019-5503231 (jue)
shazal81@gmail.com

(Waktu urusan dan panggilan telefon dari 7.00 am - 10.00 pm)

Deposit RM100 perlu dibayar untuk tempahan agar tarikh tersebut boleh di 'locked'.
Jika tiada deposit dianggap tarikh belum confirm dan tertakluk kepada 'First Come First Serve'.

Monday, March 3, 2014

khazanah hijau homestay kampar di buka untuk tempahan

BY Unknown IN , , , , 2 comments

No TeL :     019-5443331 (shah)
                 019-5503231 (Jue)
                 05-4011337 (office)
Address : No 23, Jalan Sejahtera 13, Taman Sejahtera Indah, 31900 Kampar, Perak
Koordiant GPS : 4.28471851,101.14308929

homestay untuk disewa harian / bulanan.

rumah baru dengan 3 bilik tidur:
-3 bilik katil queen dengan aircond di bilik utama.
-1 bilik katil single. dengan kipas.
-dapur beserta hose (dilengkapi gas memasak), Rice cooker, peralatan memasak yang lengkap.
- tilam (queen & single) extra, toto, comforter
- iron & board
-tuala mandi hotel (gred AA) untuk setiap bilik
-water heater (mandian panas)
-peti sejuk
-tv led dengan usb port, astro dgn pakej mustika
- ruang porch kereta yang luas (2 biji kereta
myvi), sesuai juga untuk aktiviti BBQ

(CADAR,TUALA,SELIMUT,SARUNG BANTAL DITUKAR SETIAP KALI PELANGGAN CHECKOUT DAN LANTAI DIMOP)

Lokasi:
- 5 minit dari pekan Kampar
- 7 minit ke Uni. Tunku Abdul Rahman (UTAR)/
Bandar Baru Kampar
- 10 minit ke TESCO Kampar
- 5 minit ke stesen KTM/ETS Kampar
- 30 minit ke Seri Iskandar/UITM
- 30 minit ke Kampung Gajah/Batu Gajah
- 40 minit ke Ipoh
- 15 minit ke susur keluar Tapah/Gopeng (highway)
- 25 minit ke tempat rekreasi Gua Tempurung, 5 minit ke Air terjun batu berangkai & 20 minit ke Air Terjun Lata Kinjang

Berhampiran kedai makan nasi kandar, kedai capati, tomyam seafood, kedai
runcit dan masjid/surau klinik kerajaan.

Kami menawarkan sewa harian iaitu pada kadar
-RM200 semalam
sewa bulanan pada kadar RM 2000 sebulan.

Hubungi:
Call, whatsapp, viber, wechat
Shah 0195443331 / 054011337
Ju 0195503231







coming soon... under renovation.

BY Unknown No comments

Sekadar gambar hiasan. Gambar sebenar belum ready utk di post. ;-D
Terus mengorak langkah, Khazanah Hijau tak pernah berhenti mencuba sesuatu yang baru untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Selain kHazanah Auto, kini melebarkan sayap ke bidang perumahan atau lebih dikenali sebagai 'homestay'.